Saturday 22 October 2016

RESEPI NASI GORENG PATAYA

Assalamualaikum kawan2 ... Apa khabar semua?? Hari nie syaz nak kongsi lagi tentang resepi masakan tempatan yang sangat sedap dan mudah. Syaz suka resepi yang mudah2 dan ringkas je. sb syaz bukannya pandai masak pun... uhuk uhuk..

   Ok.. Hari nie syaz akan kongsi resepi Nasi Goreng Pataya.. Mesti semua orang pernah makan kan?? Best gile nasi goreng pataya nie. Memang kenyang la klu makan. Lebih2 lagi die dibalut dengan telur.. peerrrgghhh.. terbaik!!!!






Haaaa... inilah dia rupa Nasi Goreng Pataya.. Tengok je pun dh nampak sedap. tu belum makan lagi. hehe. ok jom kita belajar memasak Nasi Goreng Pataya.. Yahoooo!!!



BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1) Sepinggan nasi putih sejuk

2)  1 sudu besar minyak masak

3) 1 biji bawang besar + 3 ulas bawang putih, diblend

4) 1 mangkuk kecil isi ayam

5) 3 sudu besar sayur campur

6) 3 tangkai cili padi diketuk

7) 1 sudu kecil serbuk lada hitam

8) 1 sudu kecil kicap

9) 1 sudu besar sos tiram

10) 1 sudu besar sos cili

11) 2 biji telur ayam

12) Garam dan kiub ayam secukup rasa





CARA MEMBUAT:

1) Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.

2) Masukkan isi ayam. Kacau hingga masak.

3) Masukkan sos tiram , garam dan gula secukup rasa.

4) Masukkan sayur campurdan cili padi . Kemudian masukkan nasi.

5) Taburkan serbuk lada hitam dan kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.


PROSES MEMBUNGKUS NASI DENGAN TELUR: 

1) Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.

2) Panaskan kuali dan masukkan satu sudu besar butter. 

3) Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali. 

4) Bila butter betul-betul panas , masukkan 2 biji telur yang telah dipukul. letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. proses ini mengambil masa yang amat singkat. 

5) Masukkan nasi yang digoreng tadi ke tengah telur yang masih di dalam kuali.

6) Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru . 

7) Ambil pinggan kosong, terlungkuokan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.






Tadaaaaa!!!! Nasi Goreng Pataya dh siap.. Nyum nyum.. Sedapnya. korang mesti cuba masak taw.. Mudah dan simple sangat.

Ini sahaja perkongsian syaz pada hari ini. harap korang enjoy. Selamat mencuba kawan2. Assalamualaikum. Muaahh..





















































Tuesday 18 October 2016

RESEPI MAKANAN SIMPLE TAPI SEDAP DAN MENGENYANGKAN

Assalamualaikum.. Hai semua.. Syaz kembali lagi.. Hari nie syaz nak kongsi tentang makanan favourite syaz. Klu kt rumah syaz selalu masak makanan nie sebab die menjimatkan masa.. Dalam 6 minit je pun dah siap... Hasilnya pun memang meletopppsss.... Nak tahu masakan apa yang syaz nak kongsi hari nie??? Jeng jeng jeng....









Sape tahu makanan ape nie?? 

Inilah dia Kerabu Meggi Thai... Kerabu meggi thai nie memang kita akan selalu jumpa kat negeri Kelantan. Biasanya kat tepi2 jalan ramai yang jual kerabu meggi nie. Boleh dikatakan senang didapati di kelantan. klu kt negeri lain biasanya susah sikit nk jumpa. Kalau kite pegi jalan2 kt pantai dan pasar malam, kerabu meggi nie begitu banyak dijual. Memang famous sangat makanan nie kat negeri kelantan.


Apa yang best sangat dengan Kerabu Meggi Thai nie???

Antara salah satu sebab kenapa Kerabu Meggi Thai nie tersangat best ialah... kerana ia menggunakan meggi tom yam daripada Thailand. Meggi nie serius best. kalau korang makan konfem akan jatuh cinta. rasa die sangat pedas.. Mee die pun halus je.. Kerabu meggi nie die sesuai guna meggi thai je. klu guna meggi lain die tk berapa menjadi dan tak sesedap meggi thai.. ok, tanpa melengahkan masa.. jom syaz ajar cara2 nk buat kerabu meggi thai.. korang pun mesti tk sabar2 nk tgk resepi die.



BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1) 3 bungkus meggi thai.
2) 1 biji buah tomato- hiris kecil2
3) 1/2 labu bawang besar
4) sejengkal batang selery
5) segenggam daun ketumbar
6) 1 biji cili merah besar
7) 1 sudu air asam limau - jika suka
8) 1 sudu sos ikan - jika suka
9) 2 peket rempah meggi siam- rempah yg ada dlm meggi

BAHAN UNTUK LAUKNYA:

1) Sotong
2) Udang 
3) Fishcake
4) Crab stick
5) Fish ball

Untuk lauknya tu korang guna je lauk ape yang ade dlm peti.. semua boleh taw. dan air asam limau dan sos ikan tu tk nk letak pun tkpe. sb meggi thai nie mmg dh masin, masam dan pedas.. 







Ok sekarang... jom kita belajar cara2 nak masak..

1) Panaskan air untuk merebus sayur, meggi serta lauknya.

2) Masukkan satu peket rempah mee segera. Tunggu hingga menggelegak.

3) Masukkan lauk2. Udang dahulu baru fishcake. Sebentar sahaja. Bila dah mengerekot,    terus angkat. Klu sotong jangan rebus bersama udang . rebus asing2 je sb kadar masak die berbeza.

4) Keluarkan lauk.

5) Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan mee segera.

6) Bila dah lembut, keluarkan. Masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu. Air rebusan jangan dibuang.



Langkah seterusnya...

1) Masukkan semua bahan sayur dan lauk ke dalam mangkuk mee.

2) Masukkan 3 senduk air rebusan, sos ikan dan air limau serta 1 peket rempah mee thai tadi.

3) Gaul rata.

Dah siap!!!

Inilah hasilnya... Meleleh air liur tengok. Klu sekali korang makan, korang akan rasa nak makan setiap hari. Rugi la klu tk cuba. Inilah makanan paling best dalam dunia. hehe.. 





Ok setakat ini sahaja perkongsian resepi syaz untuk korang. Harap korang faham la ye resepi nie. Mudah sahaja cara nk buatnya. syaz pun sekali belajar je dh menjadi. Insya Allah pada masa akan datang syaz akan kongsi lagi banyak lagi resepi makanan yang best tapi simple. Selamat mencuba.. Assalamualaikum.. 

Tuesday 11 October 2016

WELCOME TO SYAZZYLICIOUS BLOG




Assalamualaikum w.b.t semua...

Selamat datang ke blog saya.. Pertama sekali saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya syakirah ahmed. Boleh panggil syaz. Tapi bestfriend2 saya panggil saya Shaq. Mesti ramai yang tertanya2 apa yang menarik dalam blog saya kan?? Ok.. Benda pertama yang menarik dalam blog saya adalah tentang makanan. Kenapa tentang makanan?? Sebabnya adalah saya sangat suka makan. Semua benda saya suka makan. Mesti ramai yang terbayang saya ni berbadan gemuk. Hahaha... bila sebut makanan sebab melibatkan orang berbadan gemuk.. Sebenarnya saya ni kurus sahaja orangnya. Makan banyak tapi badan kurus. Hehe.. untung la... Ok.. setakat ini sahaja perkenalan kita hari ini. saya harap anda enjoy dengan penulisan saya yang tak berapa mahir ni.. hehe.. wassalam...