Tuesday 1 November 2016

RESEPI SAMBAL TOTOK JAWA

Assalamualaikum kawan2.. dah lama rasanya syaz tak bersiaran. maklumlah sibuk dgn assignment yang berlambak. ok.. hari nie syaz nk kongsikan resepi yang sangat popular kt negara kita. resepinya adalah sambal. hmmm... mesti korang semua dh terliur bila sebut sambal kan. hari nie syaz akn kongsikan resepi sambal totok jawa.









BAHAN-BAHANNYA:

1) segenggam ikan bilis

2) 10-15 biji cili padi kampung

3)3 biji cili merah- dipotong sebelum digoreng

4) 1 biji bawang merah- dihiris

5) 3 ulas bawang putih - dihiris

6) minyak untuk menggoreng

7) garam dan sedikit gula

8) limau kasturi- ikut suka


CARA-CARANYA:

Panaskan minyak di dalam kuali. goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan. Goreng seketika bawang merah dan putih, angkat dan toskan.

Kemudian goreng cili padi dan cili merah tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.

Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar-kasar sahaja. Perahkan limau kastu mengikut citarasa anda.

-kalau tak nak letak limau kasturi pun takpe..:)


Haaaaa... simple je kan resepinya. boleh la cuba kt rumah. sangat2 best.

Ok, setakat ini shaja perkongsian syaz. selamat mencuba.. Assalamualaikum.. :)