Thursday 1 December 2016

MEE GORENG MAMAK

Assalamualaikum kawan2... dh lama sis tak berkongsi resepi dengan uollss... hari nie sis nak kongsi satu resepi yang sangat menyelerakan dan sangat mudah diikut. nak tahu resepi ape? Jom kita mulakan sekarang..


                      


Haaaa.... inilah dia mee goreng mamak.. ape tunggu lagi? Jom kita belajar memasak mee goreng mamak....


BAHAN - BAHANNYA :-)
600 gram mi kuning (kurang lebih)
1 biji kentang saiz besar
1 keping tauhu keras
1 genggam isi udang, cuci dan toskan
1 batang fish cake, hiris (che mat guna jenama MUSHROOM)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 - 2 biji cili hijau, hiris
2 genggam longgar taugeh
3 pokok sawi bok choy, siang berasingan daun dan tangkainya
2 camca besar cili kisar
2 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar sos tomato
1 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap pekat
Kicap cair secukup rasa
2 biji telur dipukul sedikit
Limau kasturi, dibelah 2
Hirisan timun (che mat tak de stok)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kentang dikupas, cuci dan dipotong kiub, kemudian goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan. Goreng pulak tauhu hingga kekuningan, angkat dan toskan, biar sejuk kemudian dipotong kiub. Cuci mi kuning bawah air paip, tos dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar). Tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum dan bawang layu. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kacau rata dan masak sekejap.
  3. Masukkan udang, fishcake, tauhu, kentang dan batang sawi. Gaul rata dan masak sekejap. Tolak bahan2 tadi ke tepi kuali, masukkan telur dan biar hingga telur mengental (jika perlu boleh masukkan 1 camca besar minyak masak), hancurkan dan gaul rata dengan bahan2 lain.




  4. Masukkan mi kuning, besarkan api dan kacau pantas hingga semua rata. Tambah kicap cair secukup rasa (rasa dulu baru masukkan kicap cair). Masukkan daun sawi, taugeh dan hirisan cili hijau. Gaul rata dan masak hingga mi kering dan sedikit garing. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama hirisan timun dan belahan limau kasturi..

Alhamdulillah... setakat ini sahaja perkongsian sis pada hari ini.. sis harap korang enjoy dengan ape yang sis kongsi. selamat mencuba.. assalamualikum...

1 comment:

  1. Merkur 15c Safety Razor - Barber Pole - Deccasino
    Merkur 15C Safety herzamanindir.com/ Razor - deccasino Merkur - 15C for Barber Pole is ventureberg.com/ the perfect introduction poormansguidetocasinogambling.com to the Merkur Safety Razor. septcasino.com

    ReplyDelete